Sebagai ibu bapa, sudah pasti kita mahukan yang terbaik untuk anak. Keselamatan dan keselesaan antara indikator penting yang kita perlu pertimbangkan. Menjadi satu kelaziman, kawasan seperti dapur, tangga dan bilik air antara kawasan larangan untuk si kecil meneroka alam.
Khas buat anda para ibu bapa, Mamakiddies nak kongsikan 3 sebab paling utama kenapa ‘baby safety gate’ ini perlu ada di dalam rumah. Jom!
- ELAK TERKENA BENDA TAJAM
Pakar Pediatrik Hospital Pantai Cheras, Dr Kelvin Chee Chun Lin dalam artikel bertarikh 26 Julai 2021, menegaskan bahawa luka akibat terkena peralatan tajam merupakan kecederaan yang paling kerap terjadi kepada si kecil. Peralatan tajam kebiasaannya diletakkan di dapur dan sekiranya tiada kawalan seperti pagar keselamatan berkemungkinan akan terkena pada si anak jika mereka masuk ke kawasan dapur.
Selain itu, risiko untuk si anak melecur akibat terkena benda yang panas juga merupakan salah satu sebab perlunya ada pagar keselamatan di rumah. Ibu bapa perlu ambil serius tentang hal ini kerana apabila nasi sudah menjadi bubur, yang tinggal hanyalah kesan kecederaan. Bayangkan, jika hal sebegini terjadi kenapa anak-anak kita, sanggupkah kita sebagai ibu bapa melihat bekas melecur yang kekal di kulit mereka? Fikir-fikirkan.
- ELAK RISIKO ANAK TERJATUH
Jatuh bagi kita mungkin nampak biasa, namun jatuh boleh mengakibatkan kecederaan yang serius seperti kecederaan otak yang kekal dan menyebabkan tulang patah serta tumbesaran terbantut. (Sumber: http://www.myhealth.gov.my/jatuh/)
Bergantung kepada ruang dalaman rumah, risiko terjatuh berkemungkinan terjadi akibat jatuh dari tangga atau dari tempat yang tinggi. Sekiranya pemasangan pagar keselamatan dibuat, si kecil tidak lagi boleh merentas ke kawasan yang tinggi. Dengan cara ini, keselamatan si kecil juga terjamin dan memudahkan urusan kita juga sebagai ibu bapa.
- ELAK ANAK KE TEMPAT YANG LICIN
Kawasan yang licin termasuklah bilik air dan dapur. Tempat-tempat inilah yang lazimnya anak-anak kita ‘cuba’ untuk kunjungi. Kecederaan yang sering terjadi di bilik air misalnya, kepala terhentak dan kaki terseliuh akibat licin. Apa akan jadi sekiranya berlaku kepada si kecil kita?
Hal yang lebih merisaukan adalah, sekiranya terjadi insiden anak lemas di bilik air. Kejadian benar yang berlaku pada tahun 2020, anak seorang Lans Koperal polis ditemui lemas dalam bilik air. Menurut laporan akhbar, bayi berusia satu tahun sembilan bulan itu dikatakan berada di rumah bersama ibunya, bayi tersebut sedang bermain manakala ibunya memasak di dapur. Selepas melihat tiada kelibat si anak, ibunya mencari lalu menemui anak tunggalnnya itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik air. Piihak hospital mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia.
Justeru, pemasangan pagar keselamatan amat penting terutama untuk anak-anak yang masih kecil kerana mereka belum kenal erti bahaya. Maka, sebagai penjaga yang celik akal, menjadi tanggungjawab kita untuk ambil langkah ini sebagai suatu kemestian.
TIPS PEMILIHAN ‘BABY SAFETY GATE’
- SESUAI DENGAN SAIZ YANG DIPERLUKAN
Sebagai ibu bapa yang cakna akan keselamatan anak, pemilihan pagar keselamatan haruslah sesuai dengan saiz yang diperlukan. Pastikan panjang dan lebar pagar keselamatan mematuhi kriteria yang sepatutnya dan bersesuaian dengan kawasan yang hendak dipasang.


- MEMPUNYAI SISTEM KUNCI AUTOMATIK
Penting bagi ibu bapa untuk membuat pemilihan pagar keselamatan yang baik supaya dapat menjamin keselamatan anak-anak. Pemilihan pagar keselamatan mestilah menepati ciri-ciri keselamatan antaranya mempunyai sistem kunci automatik agar boleh membantu ibu bapa yang mungkin terlupa untuk menguncinya.


- MUDAH DIPASANG DAN CIRI KESELAMATAN YANG TINGGI
Tambahan lagi, pagar keselamatan juga dapat mengurangkan risiko terjadinya kecederaan terhadap anak. Pilihlah pagar keselamatan yang mudah untuk dipasang tetapi mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sangat tinggi dan diperakui oleh badan yang bertanggungjawab.


Jadi, ibu ayah yang sedang baca artikel Mamakiddies ni, dah jelas tentang pentingnya perlu ada pagar keselamatan? Walaupun kita yakin anak kita selamat dalam jagaan kita, namun kita harus akui bahawa, mencegah bahaya adalah lebih baik daripada merawat.
Boleh dapati Mamakiddies Baby Safety Gate dengan pelbagai variasi warna iaitu putih, hijau dan kelabu. Ia mudah dipasang tanpa perlu merosakkan kawasan rumah anda.